Sunday, September 05, 2010

Sambutan Hari Kebangsaan 2010

Sambutan Merdeka peringkat sekolah telah diadakan pada 2 September 2010 di SKKG berlangsung dengan begitu meriah dan penuh semangat patriotik terserlah pada diri pelajar dan guru. Acara dimulai dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis dan bacaan doa. Seterusnya penyampaian perutusan oleh PK KO, PK Pentadbiran dan PK HEM.Alunan merdu suara guru-guru dan juga pelajar menyanyikan lagu Keranamu Malaysia dan 31 Ogos menaikkan lagi semangat cintakan negara bangsa.Acara seterusnya diteruskan dengan laungan Kemerdekaan oleh Guru Besar dan akhir sekali Perbarisan Kibar Jalur Gemilang.
Sebelum berlangsungnya sambutan kemerdekaan ini,satu tayangan videoserta pertandingan  melukis dan mewarna telah diadakan dengan tema 1 Malaysia Menjana Transformasi.Pada hari sambutan merdeka pula diadakan acara menjawab kuiz merdeka dan pakaian beragam.Dengan adanya sambutan begini dapat melahirkan rasa cinta kepada negara melalui pendekatan yang dibuat.Diharap Program sambutan Kemerdekaan ini dapat menyemai rasa bangga dalam diri pelajar dan warga pendidik SSKG menjadi anak Malaysia...
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !







kibaran Jalur Gemilang

Nyanyian Jalur Gemilang oleh Guru-guru

lukis jangan tak lukis

Pelajar Tahap 2 sedang melukis....

Senyuman Kemerdekaan setelah siap melukis dan mewarna

Nak Lukis apa ye??


Jom melukis