Thursday, May 27, 2010

Meriahnya Sukan Tahunan SKKG 2010

Sukan Tahunan SKKG telah berlangsung semalam di Padang Majlis Daerah Kuala Geris,Dabong.Perasmian telah di buat oleh En Ramali b Deraman (Pen.Pegawai Pelajaran Daerah (Peng.Kemanusiaan). Sukan tahunan kali ini mempertandingkan  acara desa, lumba lari dan sukaneka untuk murid-murid tahun 1 dan prasekolah.Terima Kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya semua guru dan murid SKKG.Seawal pagi murid-murid,guru dan semua kakitangan sekolah telah bertungkus lumus untuk menyiap dan menghias rumah masing-masing.Pelbagai gelagat guru dan pelajar dapat dilihat kerana masing-masing berusaha untuk menang.Akhirnya rumah perkasa di umumkan sebagai juara keseluruhan.Syabas dan tahniah diucapkan....