Friday, September 03, 2010




Bertempat di Surau Asrama SKKG, pada 1 September 
bersamaan 22 ramadhan, satu majlis khatam Quran bermai-ramai telah diadakan. Seramai 40 orang pelajar yang telah menamatkan 30 juzuk surah Al-Quran dikumpulkan dan dikhatamkan ramai-ramai.Ada diantara pelajar-pelajar ini yang menamatkan bacaan di rumah bersama guru Al-Quran masing-masing,ibu bapa dan juga guru-guru di sekolah.Majlis ini berjalan dirasmikan oleh Guru Besar SKKG,En Ab Wahab b Mohd Ariff.Majlis dimulakan dengan persembahan oleh pelajar asrama mengalunkan zikir munajat dan doa taubat.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya kepada penggerak program ini iaitu En Kamarudin b Salleh (PK Pentadbiran) yang banyak memberi komitmen dalam menjayakan majlis ini.Juga kepada Imam,Bilal Kg Kuala Geris, guru-guru SKKG yang bersama-sama menyumbangkan tenaga dan masa,ibubapa pelajar terima kasih diucapkan. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan dapat diteruskan pada masa akan datang....
Tuan Imam dan Bilal Kg Kuala Geris

Peserta Lelaki


Antara peserta perempuan yang menyertai majlis ini

















Tuesday, August 31, 2010

Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka ! 
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagian 
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !

Tiga satu bulan lapan
Lima puluh tujuh
Hari mulia negara ku merdeka...

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


Sunday, August 29, 2010

Sejarah Kemerdekaan

Ogos 31, 2010 - Hari bersejarah ini menjelma lagi. Pada hari inilah, 53 tahun yang lalu, Tanah Melayu diisytihar merdeka daripada jajahan British. Pada hari inilah, 53 tahun yang lalu, bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya bersatu menjadi bangsa Malaysia, dan pada hari inilah, 53 tahun yang lalu, lahirnya sebuah negara bangsa baru yang kini telah menjadi salah sebuah negara yang paling disegani di dunia.

Kini, telah 53 tahun tanah tumpah darah kita ini bebas dan merdeka. Kini, telah 47 tahun, nama Malaysia hidup sebagai panji perpaduan rakyatnya. Dan kini, ulangtahun Hari Kemerdekaan ke-53 Malaysia kembali lagi, mengibarkan Jalur Gemilang dengan megahnya, yang kini terkenal di seluruh benua.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama melaungkan "Merdeka" sebanyak 7 kali pada 31 Ogos 1957

Sesungguhnya, segala nikmat perpaduan, kemajuan, keselamatan, keamanan dan kemakmuran yang diperoleh sekarang ini adalah tidak mungkin sama sekali dikecapi tanpa pengorbanan. Sejarah membuktikan bahawa kemerdekaan Tanah Melayu pada 53 tahun yang lalu adalah melalui hasil rundingan secara diplomatik. Walau bagaimanapun, jika dilihat sebelumnya, pelbagai jenis pengorbanan telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu dalam usaha untuk memerdekakan tanah mereka, berjuang untuk menegakkan hak mereka dan yang paling penting, membebaskan diri mereka daripada jajahan fizikal, mental dan ideologi penjajah.

Kiri:
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj,
Perdana Menteri Malaysia yang pertama
Tengah:
Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M.) Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang DiPertuan Agong Malaysia yang pertama (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus)
Kanan:
Pemimpin tinggi kerajaan British di Tanah Melayu

Pada waktu itu, pemimpin, rakyat, tentera, guru, ahli ekonomi dan bermacam-macam lapisan masyarakat lagi telah melupakan sebentar kepentingan masing-masing demi mencapai penyatuan kata untuk bersatu padu bagi memperoleh sebuah negara dan rakyat yang merdeka. Betapa dapat dilihat bahawa pentingnya perpaduan kaum tanpa mempersoalkan perbezaan agama, bahasa, budaya hidup, warna kulit, ideologi politik dan pelbagai yang lain dalam merealisasikan kemerdekaan.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Bapa Kemerdekaan Malaysia

Bertepatan dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 tahun 2010 ini, iaitu 'Perpaduan Teras Kejayaan', telah dibuktikan bahawa dengan perpaduanlah, bangsa Malaysia bersatu. Dengan perpaduanlah, Tanah Melayu dan Malaysia merdeka dan dengan perpaduanlah, Malaysia terus bebas, merdeka dan berjaya. Tanpa perpaduan, retaklah penyatuan bangsa. Tanpa perpaduan, lenyaplah segala impian dan tanpa perpaduan, musnahlah sebuah negara.

Perpaduan kaum dan persefahaman bangsa menjadi perkara yang paling diutamakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam usaha mewujudkan bangsa dan negara Malaysia yang merdeka

Begitu susah orang-orang yang terdahulu berusaha untuk mencapai kemerdekaan dan kebebasan. Walau pun begitu, tidaklah mudah untuk mengekalkan kemerdekaan dan kebebasan ini. Malaysia sudah berusia 51 tahun, dan sebenarnya masih 51 tahun. Masih muda jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang telah merdeka lebih daripada seratus tahun. Apa yang penting adalah, kita sebagai bangsa Malaysia, berpijak di bumi bertuah ini, menunjung langit bumi yang dilimpahi nikmat ini, bersatu padulah hendaknya.

Usaha Tunku Abdul Rahman menyatupadukan bangsa Malaysia telah berjaya. Sekarang, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memeliharanya

Akhir kata, janganlah kita lupa untuk bersyukur dan terus bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah dilimpahkan. Nikmat perpaduan, hasil bumi yang kaya raya, keselamatan, keamanan dan kemakmuran, hendaklah kita bersyukur atas semua yang telah Allah berikan kepada kita. Janganlah bergaduh, bertelagah dan bersengketa sesama kita, berhentilah daripada terus mengeluh dan mengeluh, kerana mengeluh itu tanda kekufuran yang nyata. Pohonlah daripada Allah untuk menghapuskan perasaan dengki, iri hati, zalim, fitnah, dan semua sifat-sifat mazmumah yang tertanam di hati kita selama ini. Teruskan bersyukur, kerana jika kita bersyukur kepada Allah, nescaya Allah akan menambahkan nikmatnya lagi kepada kita. Dan jika kita tidak bersyukur dan kufur, ingatlah dan sentiasa ingat, bahawa azab Allah itu amatlah pedih.

Terima kasih untuk segala-galanya!
Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Seluruh warga SK Kuala Geris mengucapkan Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang ke 53 kepada semua rakyat Malaysia.Semoga merdeka tahun ini dapat memberi ruang kepada kita semua mencari kebebasan untuk diri,masyarakat dan negara..


Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup
Bersatu dan Maju

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat Bertakhta

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat Bertakhta