Wednesday, October 20, 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Tanggal 14 hingga 16 Oktober 2010 SK Kuala Geris telah mengadakan perkhemahan unit beruniform.Lokasi perkhemahan adalah di Gua Ikan,Dabong. Seramai 80 orang peserta telah menyertai perkhemahan tersebut yang terdiri daripada 4 badan beruniform iaitu Puteri Islam,Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Persatuan Pengakap.Semua guru dan kakitangan SKKG juga terlibat dalam menjayakan aktiviti perkhemahan ini. 

Banner Perkhemahan Unit Beruniform 2010 SKKG

Antara guru dan kakitangan yang lerlibat....tersenyum..

Tepat jam 2.00 petang pendaftaran bermula dan taklimat ringkas telah diberikan kepada peserta dan guru pengiring oleh PK KO iaitu Cikgu Wan Hanasul Rahman. Pada jam 3.30 semua pelajar berangkat ke Gua Ikan dengan menaiki lori.Kira-kira pukul 5.00 petang,semua pelajar mendirikan khemah masing-masing.Setiap khemah menempatkan 10 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai unit beruniform.Tujuannya untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar serta dapat berkongsi pandangan dan pendapat tentang aktiviti persatuan masing-masing.


Lokasi Perkhemahan

Pegang kuat2...jgn sampai jatuh





PK P pun turut sama memasang khemah

Pak Soh yang rajin...keje dia sapu dan sapu
camni cara pasang khemah...tgk cikgu buat ni....

Pertandingan memasak mee goreng antara unit untuk pelajar perempuan manakala aktiviti jungle tracking untuk pelajar lelaki diadakan pada pagi hari jumaat. Aktiviti jungle tracking ialah menjelajah dan meneroka kedalam gua iaitu gua gelap,gua kristal dan gua keris.Aktiviti ini begitu mencabar minda dan memerlukan stamina yang tinggi.Sebelah petang pula diadakan kawad kaki dan pada malamnya diadakan persembahan kebudayaan dan barbeque.

Taklimat ringkas oleh Abg Gua sebelum berangkat memasuki gua

Cikgu Zul menunjukkan lokasi gua yang nak diterokai oleh pelajar dan guru
Duk wat apa tu ustaz...rasa2nya bleh masuk tak dalam gua ni....

Inilah jalan yang terpaksa dilalui.Sangat sempit dan gelap
bergambar dalam gua keris

tukang edit blog pn tak ketinggalan...nk jugak.....hehehe
Cikgu Saidi..tukang suluh jalan..

Program ini berakhir dengan aktiviti gotong royong dan perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh PK Kokurikulum.Pada keseluruhannya,program ini berjaya mengukuhkan perpaduan antara pelajar,guru dan staff SKKG.

gotong royong sebelum bersurai

penatnya kemas.....minum air dulu la..