Tuesday, May 21, 2013

Saturday, April 06, 2013

KEM BESTARI SOLAT kali 1

Barisan Ustaz-ustaz sebagai moderator utama Kem Bestari Solat 1
dari kiri : Ust Faiz,Ust Redzuan,Ust Azwan,Ustaz Azizi(warden Asrama),Ust Khairul,Ust Jailani,Ust Zuefriezal,Ust Fadli,Ust Maizan

Barisan Peserta Program Kem Bestari Solat

Sunday, March 31, 2013

TEMA HARI GURU 2013


TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

29 March 2013
Salam Satu Malaysia,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:


GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.


Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti


Monday, March 25, 2013

MAJLIS PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE 32

 Di rasmikan oleh YB Muhammad bin Awang (Penyelaras Dun Dabong)
 Sumbangan 2 buah basikal kepada pelajar UPSR 2013
 TN Hj Ramali (Penolong Pegawai PPD K.Krai) berucap ketika Mesyuarat Agung Berjalan
 Kehadiran Ibu Bapa


Persembahan Koir dari murid SK Kuala Geris

Thursday, March 14, 2013

JUARA Takraw Zon 4

13.03.2013- Satu perlawanan sepak takraw zon 4 telah diadakan di SK Biak.Seramai 6 pasukan telah menyertai dan SK Kuala Geris telah mendapat Juara Peringkat Zon 4 dan ke peringkat Daerah pada 02.04.2013 di Padang Majlis Daerah Dabong

Program Motivasi anjuran PIBG (M.E.S.T.I)

Rabu 13.03.2013- Satu Program di bawah kelolaan PIBG iaitu M.E.S.T.I berjaya 2013 telah  bermula dengan Program Motivasi di SK Kuala Geris dan berakhir dengan solat hajat PERDANA di Masjid KG Kuala Geris
 Motivasi oleh Cikgu Mohd Riudin dari SK Mempelam Jelawang (Caunselor)

Guru-guru dan murid-murid dengan penuh perasaan mendengar motivasi 



Sunday, March 10, 2013

Pelancaran Program Ponteng Sifar 2013

 Perasmian oleh Tuan Pegawai PPD Kuala Krai Puan Azida bt Asif
 Di Pengerusikan oleh Cikgu Nordin merangkap Guru Disiplin
 Taklimat Ringkas oleh Guru B&K Cikgu Wan Maidin
Pagi Ahad 10/03 - Majlis Pelancaran Program Ponteng Sifar SK Kuala Geris telah di rasmikan Oleh tuan Pegawai PPD Kuala Krai Puan Azida bt Asif.Pelancaran ini berjalan serentak seluruh negeri Kelantan.

Wednesday, March 06, 2013

Mesyuarat Majlis Guru Besar (MGB)



Mesyuarat Majlis Guru Besar (MGB) daerah Kuala Krai telah diadakan di SK Kuala Geris.Seramai 41 orang Guru Besar daerah Kuala Krai.Penolong Pegawai PPD Kuala Krai Tuan Hj Ramali telah di beri mandat untuk merasmikan Majlis Peningkatan Profesionalisme ini.  

Monday, February 25, 2013

Taklimat Khas Sempena Mesyuarat MGB di SK KUala Geris

Satu taklimat khas bagi sempena kunjungan dari Guru Besar Daerah Kuala Krai untuk mengadakan Mesyuarat MGB di SK Kuala Geris ,Dabong Kelantan pada 27 Februari 2013.

Wednesday, February 20, 2013

Kerja Amal Cikgu Azizi dan Wan Zamry (DERMA DARAH)






Perlawanan Bola Tampar Peringkat Zon 4 Kuala Krai

 Jualan Barang Makanan
 Urusetia Pendaftaran
 Pasukan yang JOHAN
 Barisan Jurulatih 

 Perlawanan Antara SK Mahligai vs SK Kemubu
 SK kEmubu vs SK Kuala Geris (tuan rumah)

Friday, January 25, 2013

Majlis Penyampaian Wang RM100 kepada ibu bapa bersama Datuk Ramzi

Pada Rabu 23 hb Jan 2013...Majlis Penyampaian Wang RM100 kepada ibu bapa.Seramai 300 orang ibu bapa yang terlibat untuk mengambil wang RM100.Seramai 354 orang murid yang mendapat bantuan wang RM 100.
Bantuan ini telah di hadiri oleh tuan PPD Kuala Krai iaitu Pn Azida bt Asif bersama wakil Datuk Ramzi iaitu En Mohd Sabri b Mat Akib...
Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Taklimat Program M.E.S.T.I bersama PIBG


Pada hari Selasa 22 hb Jan 2013 ...satu taklimat ringkas mengenai program M.E.S.T.I telah di adakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan dana dan budget dalam PIBG.Program ini juga bertujuan untuk menghasilkan pelajar cemerlang pada tahun 2013.Semu aguru tahun 6 terlibat secara langsung dan Ajk Induk Program M.E.S.T.I.
Pengelola Program ini adalah Cikgu Wan Maidin b Wan Hamat

Wednesday, January 16, 2013

USTAZ JQAF GDL LAPOR DIRI

Ustaz Azwan

TAKLIMAT PBS DAN KSSR

15/01/2013...satu taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi memurnikan lagi segala fail-fail serta mengemaskini data-data pada tahun lepas.
Taklimat ini telah di kelolakan oleh Penyelaras PBS iaitu Pn Aimi Husna,secara ringkasnya semua guru telah mendapat input yang baik mengenai Pentaksiran PBS.
Dalam Taklimat ini juga telah diadakan Perlantikan Guru Pentaksir Sekolah iaitu guru yang mengajar semua subjek KSSR dari tahun 1 hingga 3.
En Hasni  pula sebagai Penyelaras KSSR merangkap JU Negeri Kelantan menceritakan serba sedikit mengenai Dasar Kerajaan dalam Program KSSR di sekolah.

TAKLIMAT RINGKAS PERANCANGAN SEKOLAH OLEH PEGAWAI PPD KUALA KRAI

Pada 14/01/2013 satu taklimat ringkas oleh pegawai PPD Kuala Krai iaitu Puan Azida bt Asif..
Beliau menjelaskan tentang bidang tugas beliau akan laksanakan di sekolah-sekolah sekitar Dabong iaitu dari Sungai Sam sehinggalah Seri Mahligai...
Beliau sebagai pemantau Program Transisi telah menambahbaikkan dan susun atur bilik darjah...
Belaiu juga berpesan kepada semua guru agar mengemaskini segala fail-fail kerana SK Kuala Geris akan di pantau oleh Tuan Pegawai PPD Kuala Krai iaitu Tn Hj Anuar.

Sunday, January 13, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KELAS BAHASA ARAB BAGI TAHUN2012

ASSALAMUALAIKUM ,
Perhimpunan pagi Ahad ini telah diadakan satu Majlis Penyampaian Sijil Kelas Bahasa Arab bagi tahun 2012...
Kelas ini telah di bimbing oleh Ustaz Khairul Nizam,Ustaz Redzuan,Ustaz Tarmizi dan Ustaz Fadli...
Sijil ini telah di sampaikan oleh Tuan Guru Besar En Ab Wahab b Mohd Ariff..

Majlis ini telah di pengerusikan oleh Ustaz Mohd Redzuan b Ismail

Saturday, January 05, 2013

Transisi Tahun 1







Pelbagai Kerenah murid tahun 1 pada awal persekolahan...tu tak buang air dalam kelas lg..
Guru juga perlu tabahkan diri dalam menghadapi situasi ini..
Tahniah kepada guru yang terlibat dalam program Transisi ini
Ustaz Khairul sebagai DJ tetap
Ust Mat penceramah Bebas
Ust Norzuefriezal fasi B.Arab
Cg Normuzaliza ..tokey Transisi
Cg Rosliza..tokey bacaan
Cg.Aimi...tokey Speaking
n lain2 guru yg menjayakan Program ini...
Syabas..

Selamat Kembali ke Sekolah 2013

Selamat Kembali ke sekolah bagi tahun 2013 ,khas bagi guru-guru yang dah lama bercuti...n murid-murid yang tak ingat nak bersekolah..
"WELCOME" "AHLAN WASAHLAN" kami ucapkan
Semoga di tahun baru..kita sama-sama buka lembaran baru