Thursday, May 13, 2010

Misi Gigi Datang!!!!!

SKKG telah menerima kunjungan dari nurse-nurse pergigian dari pasukan pergigikan bergerak SK Dabong untuk menjalankan rawatan pergigian kepada murid-murid SKKG.Selain mencabut gigi murid-murid, nurse juga menunjukkan cara menggosok gigi degan betul...syabas dan terima kasih di ucapkan..lepas ni gigi semua murid SKKG jadi putih dan bersih...





Monday, May 10, 2010

SELAMAT DATANG

Warga SKKG telah bertambah lagi. Selamat Datang dan selamat bertugas kepada  PK KO (cikgu Wan Hasanul Rahman) yang baru bertugas di SKKG.Semoga dapat bertugas dengan baik.

Saturday, May 01, 2010

Salam 1 Mei

Selamat hari pekerja dan selamat bercuti kepada semua guru dan staff SKKG...Semoga menjadi pekerja yang berdedikasi dan cemerlang..

Sunday, April 25, 2010

Jamuan Perpisahan

Satu jamuan perpisahan istimewa untuk meraikan guru-guru yang telah bertukar kesekolah lain di adakan di dewan SK Kuala Geris pada 24/4/2010..Guru-guru tersebut ialah Cikgu Mah Hussin, Cikgu Roslan dan Cikgu Suhaimi...Jamuan di mulakan dengan doa dan ucapan alu-aluan..di harap semoga sukses di tempat baru....

Saturday, April 24, 2010

Thursday, April 22, 2010

Ujian UBB 2

Ujian UBB 2 yang bermula pada hari isnin 19/4/2010 dan telah selamat berakhir pada hari rabu 21/4/2010...Guru-guru sedang bertungkus lumus untuk memeriksa kertas jawapan murid-murid...periksa betul-betul ye....gambate!!!!

Saturday, April 10, 2010

MESYUARAT PIBG SK KUALA GERIS 2010

10 April 2010,mesyuarat PIBG SK Kuala Geris yang di rasmikan oleh Dato' Hj Ramzi b Abd Rahman, merangkap Pengerusi KESEDAR.
Terima Kasih kepada Ibu bapa yang sabar menunggu sehingga tamat majlis, dan tahniah di ucapkan kepada ibu bapa yang mendapat hadiah cabutan bertuah.