Monday, June 14, 2010

Cuti Sekolah sudah berakhir.....

Cuti sekolah tinggal seminggu lagi....kepada pelajar-pelajar jangan lupa mengulangkaji pelajaran terutamanya pelajar tahun 6 kerana UPSR tinggal beberapa bulan saja lagi...berusaha pasti jaya

Thursday, May 27, 2010

Meriahnya Sukan Tahunan SKKG 2010

Sukan Tahunan SKKG telah berlangsung semalam di Padang Majlis Daerah Kuala Geris,Dabong.Perasmian telah di buat oleh En Ramali b Deraman (Pen.Pegawai Pelajaran Daerah (Peng.Kemanusiaan). Sukan tahunan kali ini mempertandingkan  acara desa, lumba lari dan sukaneka untuk murid-murid tahun 1 dan prasekolah.Terima Kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya semua guru dan murid SKKG.Seawal pagi murid-murid,guru dan semua kakitangan sekolah telah bertungkus lumus untuk menyiap dan menghias rumah masing-masing.Pelbagai gelagat guru dan pelajar dapat dilihat kerana masing-masing berusaha untuk menang.Akhirnya rumah perkasa di umumkan sebagai juara keseluruhan.Syabas dan tahniah diucapkan....

Tuesday, May 18, 2010

HaPPy TeacHers DaY

Selamat Hari Guru untuk semua guru di Malaysia dan buat guru-guru di SK Kuala Geris...
Sambutan Hari Guru yang diadakan cukup meriah dan menghiburkan dengan tema pakaian semua guru berwarna biru dan penyertaan semua guru untuk acara sukaneka dan persembahan dari murid-murid.Tema hari guru tahun 2010 ialah Guru Pembina Negara Bangsa..

Thursday, May 13, 2010

Misi Gigi Datang!!!!!

SKKG telah menerima kunjungan dari nurse-nurse pergigian dari pasukan pergigikan bergerak SK Dabong untuk menjalankan rawatan pergigian kepada murid-murid SKKG.Selain mencabut gigi murid-murid, nurse juga menunjukkan cara menggosok gigi degan betul...syabas dan terima kasih di ucapkan..lepas ni gigi semua murid SKKG jadi putih dan bersih...





Monday, May 10, 2010

SELAMAT DATANG

Warga SKKG telah bertambah lagi. Selamat Datang dan selamat bertugas kepada  PK KO (cikgu Wan Hasanul Rahman) yang baru bertugas di SKKG.Semoga dapat bertugas dengan baik.

Saturday, May 01, 2010

Salam 1 Mei

Selamat hari pekerja dan selamat bercuti kepada semua guru dan staff SKKG...Semoga menjadi pekerja yang berdedikasi dan cemerlang..

Sunday, April 25, 2010

Jamuan Perpisahan

Satu jamuan perpisahan istimewa untuk meraikan guru-guru yang telah bertukar kesekolah lain di adakan di dewan SK Kuala Geris pada 24/4/2010..Guru-guru tersebut ialah Cikgu Mah Hussin, Cikgu Roslan dan Cikgu Suhaimi...Jamuan di mulakan dengan doa dan ucapan alu-aluan..di harap semoga sukses di tempat baru....