Monday, February 22, 2010

SELAMAT MENJALANI UJIAN UBB 1 PADA 22/02/2010

Kepada semua murid di harap dapat menjawab soalan yang di berikan.Diharap semua murid dapat hadir penuh dalam minggu peperiksaan ini.\
Bagi murid tahun 1 Ujian Saringan LINUS akan bermula pada esok hari.Tidak lupa juga kepada murid tahun 4 dan 5 ujian saringan PROTIM juga di jalankan esok hari juga'
Guru-guru dan murid akan mendapat jadual peperiksaan pada esok hari.Guru - guru juga boleh mengambil soalan UBB di bilik mesyuarat sekolah pada esok pagi.

Di Harap Bersabar......................

Sunday, February 21, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH




Kepada pelajar dan juga guru-guru,di ucapkan selamat kembali bertugas ke sekolah setelah seminggu bercuti.

Semoga kembali bersemangat dalam menjalankan tugas harian.
Kepada guru yang beragama Budha di ucapkan selamat menyambut tahun baru cina.

Saturday, February 06, 2010

Friday, February 05, 2010

Sekolah Ganti Tahun Baru Cina

Pada 06 Februari 2010 sekolah ganti bagi tahun baru cina. Jadual yang di gunakan pada hari sabtu ini ialah Hari Khamis.
Semua guru dan murid di minta hadir ke sekolah sebagaimana biasa.

Untuk makluman guru dan juga murid ,pihak sekolah akan mengadakan gotong royong pada hari sabtu ini.

Majlis Perlantikan Pengawas Sk Kuala Geris 2010

Majlis ini di rasmikan oleh Lans Koperal dari Balai Polis Dabong. Para pengawas diberi amanah dalam menjalankan tugas sebagai pembantu guru. Pengawas dari Sk Kuala Geris seramai 40 orang terdiri daripada semua pelajar terpilih yang dilantik.
Diharap semua pengawas dapat menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi dan tingkatkan disiplin pengawas.
Kepada pelajar pula diharap pula dapat mematuhi segala arahan yang di berikan dan menghormati pengawas sekolah.

Wednesday, September 30, 2009

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SK KUALA GERIS

Terima Kasih kerana anda mengunjungi laman web SK Kuala Geris.Laman ini diseliakan oleh Unit ICT SK Kuala Geris.