Sunday, August 29, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Seluruh warga SK Kuala Geris mengucapkan Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang ke 53 kepada semua rakyat Malaysia.Semoga merdeka tahun ini dapat memberi ruang kepada kita semua mencari kebebasan untuk diri,masyarakat dan negara..


Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup
Bersatu dan Maju

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat Bertakhta

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat Bertakhta

Tuesday, August 17, 2010

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga SKKG terutamanya kepada para pelajar dan guru-guru.Semoga ramadhan tahun ini kita semua akan dapat mendapat keberkatan dan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa pada tahun ini dan tah8un seterusnya

Monday, July 26, 2010

Kem Kecemerlangan UPSR 2010

Bertempat di Sri Melawi Chalet,Pantai Melawi Bachok,SK Kuala Geris telah mengadakan kem kecemerlangan UPSR. Kem ini disertai lebih kurang 80 orang pelajar dari tahun 5 dan 6.Perjalanan bermula pada pukul 9.30 pg dari SKKG dengan menaiki keretapi dan tiba di Chalet Sri Melawi pada jam 2.00 petang.Berbagai aktiviti yang telah disusun untuk melancarkan lagi kem tersebut.Antaranya slot motivasi yang sampaikan sendiri oleh Guru SKKG iaitu En Wan Aziman.Pastinya ramai pelajar yang menangis keinsafan..Slot motivasi ini benar-benar menyentuh jiwa para pelajar.Hari beriktnya dia adakan pula slot- slot lain seperti slot Bahasa Melayu, B.Inggeris, Sains dan Matematik.Diharap dengan adanya kem sebegini dapat meningkatkan semangat pelajar untuk terus belajar dan berjaya di masa hadapan..INSYAALLAH.....




Sebelum perjalanan 






Bergambar kenangan sebelum menaiki keretapi



                                                                  


Di dalam keretapi bukan main seronok lg pelajar-pelajar ni......







Sempat snap setelah sampai di stesen keretapi wakaf bharu


Slot Motivasi

sedih dan insaf

air mata keinsafan

Kuliah subuh bersama Ustz Kamrudin


Slot - slot khas

slot - slot yang di jalankan...
pelajar tekun dan fokus nampaknya


Sesi Riadah



Jom main pasir
Cikgu Azizi seronok bersama murid-muridnya

bermain pasir bersama Sir Affandi



Wajah-wajah ceria

tersenyum gembira


Cikgu Hasni,Cikgu Hasanul Rahman dan Cikgu Azida
bergambar bersama pelajar perempuan
Cikgu Azizi dan Cikgu Affandi ceria bersama murid-muridnya.....




Monday, July 05, 2010

Tahniah....UJIAN PERMATApintar UKM1

Tahniah di ucapkan kepada adik Afif Atmam b Mahadi kerana telah layak ke pringkat kedua Ujian PERMATApintar UKM2.Afif adalah salah satunya pelajar dari tahun 4 yang berjaya melayakkan diri. Tahniah san Syabas diucapkan..diharapkan semoga Afif berjaya pada peringkat kedua ini.

Thursday, June 24, 2010

Selamat Datang Cikgu ke SKKG

Hari ini SKKG telah mendapat seorang guru baru iaitu Cikgu Mahmad Saidi b Hussin.Dulu beliau bertugas di SK Pengkalan Kubur (1).Diharap beliau dapat menyesuaikan diri ditempat baru dan mendidik anak-anak di SKKG ini dengan penuh dedikasi untuk melahirkan anak murid yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Monday, June 14, 2010

Cuti Sekolah sudah berakhir.....

Cuti sekolah tinggal seminggu lagi....kepada pelajar-pelajar jangan lupa mengulangkaji pelajaran terutamanya pelajar tahun 6 kerana UPSR tinggal beberapa bulan saja lagi...berusaha pasti jaya